Tunku Sallehuddin diangkat dan diisytihar Sultan Kedah ke-29

Duli Yang Teramat Mulia Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah diangkat dan diisytihar sebagai Sultan Kedah yang ke-29 mulai hari ini. Pengisytiharan tersebut dibuat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Istana Anak Bukit pada petang tadi.