Tuntutan palsu, ADUN ditahan SPRM

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bergelar datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM500,000 pada Ahad. ADUN berusia 54 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Terengganu kira-kira pukul 5 petang ketika hadir memberi keterangan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.