Tutup Ampang Park: Peniaga Ampang Park pasrah dalam terpaksa

Hilang suami tercinta sudah cukup sukar untuk Jenny Lee teruskan kehidupan. Tetapi Jenny terus ditimpa malang apabila kedai menjual alatan tenunan milik keluarga dan dijaganya sejak 15 tahun lalu terpaksa ditutup. Semuanya gara-gara untuk memberi laluan pembangunan baharu di Ampang Park.