Twistcode mahu bantu syarikat tempatan kuasai superkomputer

Syarikat Twistcode Technologies Sdn Bhd yang merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang terlibat dengan 'Supercomputers' bakal menempa nama dalam carta Top 500 World Supercomputers. Bukan hanya menyediakan perkhidmatan itu, Twistcode juga menyediakan perkhidmatan sistem pelayan (server) yang mampu memenuhi pelbagai pacuan perkhidmatan sejajar dengan revolusi industri 4.0.