Tutup

U.n.i Klinik beri peluang doktor menjadi usahawan - Rina Harun

Program U.n.i Klinik, yang kini menyaksikan 18 klinik baharu dibuka di seluruh negara, memberi peluang kepada doktor perubatan untuk menjalankan perniagaan sendiri, disamping menawarkan perkhidmatan pada kadar yang berpatutan. Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun berkata, konsep itu akan dikembangkan menjadi U.n.i Farmasi pada masa akan datang. Objektif U.n.i Klinik ini adalah untuk melahirkan usahawan profesional dari kalangan ahli perubatan. Ketika mereka jadi doktor, mereka tak diajar jadi usahawan. Ini yang kita nak lahirkan.