Tutup

Ular sawa kekenyangan makan kambing

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap seekor ular sawa batik sepanjang enam meter dengan berat 100 kilogram di Kampung Luar Mukim Siong, Baling, Kedah. Ular sawa itu ditangkap sebaik menerima aduan seorang penduduk kampung yang menemui reptilia itu dalam keadaan kekenyangan di kawasan paya berhampiran kandang kambing miliknya.