Tutup

UM nafi tahan skrol dan transkrip graduan protes

Universiti Malaya menafikan dakwaan menahan skrol dan transkrip akademik ijazah graduan yang melakukan protes ketika Istiadat Konvokesyen UM ke-59, Isnin lepas. Pengerusi Lembaga Pengarah UM Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim menjelaskan aktivis itu Wong Yan ke juga telah dimaklumkan boleh mengambil transkrip akademiknya pada bila-bila masa bermula 18 Oktober.