Tutup

UM pertama di Malaysia, 13 di Asia pada 2020 - Dr Maszlee

Kedudukan Universiti Malaya (UM) adalah di tangga pertama di Malaysia dan ke-13 di Asia, berbanding di tangga ke-24 pada tahun 2018. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik kekal berkata, ia berdasarkan QS University Ranking: Asia 2020 yang dikeluarkan pada Rabu. Jelasnya, peningkatan ketara turut berlaku bagi Universiti Teknologi Mara (UiTM) iaitu pada kedudukan 158 pada tahun 2018, kepada 119 pada tahun 2020.