UMNO Melaka cadang tiga jawatan tertinggi tidak dipertandingkan

UMNO Melaka mencadangkan tiga jawatan tertinggi parti iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan satu daripada tiga jawatan Naib Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang. Menurut Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil Tan Sri Mohd Ali Rustam, UMNO negeri turut mencadangkan tiga nama bagi mengisi jawatan itu.