UMNO perlu ambil peduli perkembangan parti baharu- Razali

UMNO perlu ambil peduli dan memerhatikan perkembangan parti baharu yang bakal diterajui bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ahli Majlis Tertingginya, Datuk Razali Ibrahim bagaimanapun melihat kewujudan parti baharu memberi semangat kepada anggota UMNO untuk bekerja lebih kuat memenangi hati rakyat.