UMNO Tambun tetap teguh walau berdepan spekulasi

Khabar angin bekas Menteri Kewangan Dua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah akan bertanding di Parlimen Tambun pada pilihan raya umum 14 hanya bertujuan menggugat UMNO bahagian itu. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir percaya ada pihak sengaja berbuat demikian selepas wujud spekulasi kononnya UMNO bahagian itu kini berdepan krisis dalaman.