UMNO tidak akan buat rundingan pintu belakang bentuk kerajaan

UMNO bertegas tidak akan ada rundingan belakang tabir untuk membentuk kerajaan secara terdesak. Sebaliknya tumpuan parti itu adalah membangkitkan semula keyakinan orang Melayu terhadapnya dan menjadi gerakan politik yang berbakti dan pembangkang yang menyuburkan demokrasi. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata parti itu tidak akan mengkhianati rakyat malaysia yang telah memilih kerajaan baharu pada 9 Mei lepas.