Tutup

UMNO tidak ketepikan Najib - Zahid

Tidak wujud sebarang perancangan untuk UMNO meminggirkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mahkamah tinggi mengarahkan bekas Presiden UMNO itu membala diri melibatkan tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC international. Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pendirian parti masih kekal walaupun pelbagai pertuduhan dan siasatan melibatkan Najib. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berpendirian sama yang melihat PRK Tanjung Piai tidak akan terjejas akibat keputusan hakim itu.