Tutup

Undang-undang berkaitan cubaan bunuh diri perlu dipinda

Undang-undang sedia ada perlu dipinda supaya cubaan membunuh diri tidak diklasifikasikan sebagai perbuatan jenayah, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye. Ia adalah langkah pertama perlu dilakukan, sebelum kementerian kesihatan membangunkan pangkalan data pendaftaran dalam usaha mengenal pasti pelaku, tingkah laku dan cara menangani isu cubaan bunuh diri.