Undi 18 bakal menjadikan tenaga dan akal anak muda perkuat demokrasi

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengharapkan agar kesemua ahli Parlimen, baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, bersama-sama mencipta sejarah dengan memberi sokongan majoriti dua per tiga terhadap Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019. Ketika membacakan RUU itu kali ke-dua di Dewan Rakyat hari ini, beliau menyeru kesemua yang terlibat untuk bersama-sama merealisasikan hasrat kerajaan untuk membuka peluang kepada anak-anak muda menyumbang tenaga dan idea demi memperkasakan demokrasi negara.