Tutup

Undi18: Terima sebagai "Universal Trend" - Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut baik penurunan had umur mengundi daripada usia 21 tahun kepada 18 tahun dan menganggapnya sebagai salah satu trend antarabangsa. Tetapi yang menjadi kebimbangannya adalah tahap kematangan remaja di usia terbabit untuk membuat keputusan penting dalam pentadbiran negara. Juga kebimbangan kemungkinan institusi pendidikan terutama sekolah menengah yang mungkin dieksploitasi untuk kepentingan politik.