Unit komunikasi ditubuh, selesai isu perdagangan KL-Jakarta

Malaysia-Indonesia akan menubuhkan satu unit komunikasi khas dalam tempoh terdekat bertujuan membantu usahawan dan pelabur antara kedua-dua negara. Penubuhan unit itu bagi membolehkan pemain industri kedua-dua negara berkongsi pandangan dan menyuarakan masalah berkaitan perdagangan dan pelaburan, terus kepada pihak kementerian.