Universiti awam perlu ada 30% pensyarah untuk 2U2I

Semua universiti awam perlu memiliki sekurang-kurangnya 30 peratus pensyarah yang memahami dan berpengalaman dengan kehendak industri bagi menjayakan program Dua Universiti + Dua Industri (2U2I). Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata jaringan kolaborasi antara universiti dan industri tidak akan tercapai sekiranya pensyarah tidak memahami apa yang sedang berlaku dalam industri.