Tutup

Universiti perlu lakukan anjakan paradigma

Universiti perlu melakukan anjakan paradigma daripada kewujudannya sebagai institusi yang bersendirian kepada peserta aktif dan penting dalam ekosistem digital global. Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, ini kerana universiti sedang berdepan cabaran untuk menghasilkan pelajar yang bersedia menghadapi alam pekerjaan yang mungkin belum wujud pada masa ini, dan menawarkan pengalaman pendidikan yang sinonim dengan dunia 'anak kelahiran digital'.