UPM cipta ubat cuci luka diabetes daripada estrak peria katak

Pengalaman menjaga bapa di wad diabetik mencetuskan ilham kepada Profesor Doktor Rosfarizan untuk meringankan penderitaan pesakit kencing manis. Bersama pasukan penyelidiknya dari Universiti Putra Malaysia, beliau menghasilkan ubat cuci luka diabetes yang lebih berkesan dan murah daripada estrak peria katak.