Usah "lemaskan' nelayan dengan formula lapuk

Penekanan kepada produk hiliran berasaskan hasil laut seperti ikan kering, belacan dan keropok lekor sebagai produk tambah nilai nelayan, dianggap sudah tidak lagi relevan. Timbalan Pengerusi Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Malaysia (JARING), Che Ani Md Zain mendedahkan formula lapuk itu hanya cantik untuk dicanang, tetapi sebenarnya, nelayan masih menjadi pengemis kerajaan.