Usahawan tidak perlu takut untuk melabur dalam saham

Usahawan digalakkan untuk menggunakan lebihan wang untuk melabur dalam saham-saham yang mampu menggandakan wang mereka. Menurut Naib Presiden Kanan Pelaburan Phillips Capital Management, Datuk Dr Nazri Khan, usahawan tidak perlu takut dengan pelaburan, malah perlu menganggap pelaburan sebagai salah satu bahagian dalam perniagaan mereka.