USD6.3 juta dirampas, dipercayai diseleweng dari dana kerajaan

Beberapa serbuan berasingan di ibu negara, termasuk sebuah kondominium di Cyberjaya, Selangor telah menemui wang tunai, dua utas jam Rolex dan sebuah komputer riba berjumlah RM26 juta. Rampasan itu berkait rapat dengan penahanan bekas Ketua Pengarah Sebuah Jabatan di Jabatan Perdana Menteri, semalam.