Usir pendatang asing laku jenayah jalan raya - Imigresen

Jabatan Imigresen sedia menimbang untuk mengusir pekerja asing yang melakukan kesalahan berulang di bawah Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, tiada sebab untuk jabatan itu berkompromi dengan pekerja asing yang gagal mematuhi undang-undang negara.