Usul ICERD oleh Anwar Ibrahim ditolak

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff hari ini menolak usul Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahas keputusan Putrajaya tolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai penghapusan segala bentuk diskriminasi kaum atau ICERD. Keputusan menolak usul Ahli Parlimen Port Dickson itu dibuat di bawah peraturan mesyuarat 18 di mana tidak ada keperluan segera untuk usul itu dibahaskan. Anwar bagaimanapun dibenarkan menjelaskan tujuan usulnya dalam Sidang Dewan Rakyat.