Usul RUU Jenayah Syariah: Tiong Lai akan jumpa PM

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapat penjelasan lanjut mengenai usul Rang Undang-Undang Akta Jenayah Syariah. Kata Tiong Lai, ia kerana terdapat kebimbangan komuniti Cina yang melihat pindaan ini membuka laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.