Tutup

Usul turun umur maksimum belia dibentang

Usul bagi menurunkan umur takrifan belia kepada maksimum 30 tahun berbanding 40 tahun ketika ini akan dibawa ke sidang Dewan Rakyat pada sesi akan datang. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata ia antara cadangan penambahbaikan yang dilaksanakan kementeriannya berkaitan belia. Ia penting bagi memastikan bantuan yang dikhususkan kepada golongan belia berumur bawah 30 tahun yang selama ini terabai, diberikan perhatian.