Tutup

UTP hasilkan 1,711 graduan pada Konvokesyen Ke-19

Seramai 1,711 graduan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) menerima ijazah mereka pada Majlis Konvokesyen Ke-19 di Seri Iskandar pada Ahad. Daripada jumlah itu, 15 adalah graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), 143 graduan ijazah sarjana dan selebihnya penerima ijazah sarjana muda.