Tutup

Utusan ditutup, pekerja ibarat digantung tidak bertali

Badan yang mewakili Kumpulan Pekerja Utusan Melayu (Malaysia) Bhd menganggap nasib mereka ibarat digantung tidak bertali. Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) Taufek Razak berkata, lebih 800 pekerja keliru memandangkan memo dalaman yang dikeluarkan hanya menyebut tarikh akhir perkhidmatan mereka adalah 30 hari bulan dan tidak diberitahu status sebenar lebih 800 pekerja di syarikat itu.