Van terbabas di lebuhraya PLUS, tiga maut

Sekurang-kurangnya tiga maut selepas sebuah van terbabas di kilometer 190 Simpang Empat, Semanggol arah Selatan, Lebuhraya Utara Selatan, pagi ini. Kemalangan sekitar jam 7.30 pagi itu dipercayai berlaku selepas van yang membawa 14 penumpang, kesemuanya warga asing, terbabas sebelum melanggar penghadang tepi lebuh raya.