Tutup

Van terbakar, dua lelaki rentung

Dua lelaki rentung selepas kenderaan dinaiki mereka musnah terbakar di kilometer 262.3 Lebuhraya Plus Arah Utara, petang Rabu. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, dalam kejadian sekitar 6 petang itu, van yang dinaiki dua mangsa itu dilaporkan terbabas sebelum menjunam ke dalam parit di bahu kiri lebuhraya.