Video intim: Bukan dalang, tiada ancaman, kata Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya beliau merupakan dalang di sebalik penyebaran video intim yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, untuk menjatuhkan karier politiknya. Tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu, tiada sebab baginya atau penyokongnya untuk terlibat dalam perbuatan sedemikian.