Video intim disahkan tulen

Video intim yang dikaitkan dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz dan seorang menteri disahkan tulen. Bagaimanapun menurut Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador pihak Cybersecurity tidak dapat memastikan seratus peratus pelaku dalam video berkenaan. Beliau berkata demikian ketika wawancara dalam program Bicara Politikonomi cabaran PDRM bersama stesen televisyen RTM pada Rabu malam.