Video intim: Farhash dan Haziq dibebaskan dengan jamin polis

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan bekas AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang ditahan reman bagi siasatan kes video intim dibebaskan dengan jaminan polis. Farhash dan Haziq meninggalkan balai polis dang wangi kira-kira jam 4 petang dan disambut oleh penyokong PKR yang menunggu sejak jam 1 petang lagi.