Video intim: Haziq dibebaskan dengan jaminan polis

Haziq Abdul Aziz, individu yang mengaku sebagai pelaku dalam video intim yang tular baru-baru ini, dibebaskan dengan jaminan polis. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu dilihat di tempat duduk belakang kenderaan jenis Proton Perdana yang beredar meninggalkan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 5.45 petang.