Video intim: Jangan berpolitik sehingga buang masa PDRM - KPN

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, menegur tindakan ahli politik yang memberi tekanan kepada pihaknya dalam siasatan video intim yang dikaitkan dengan seorang Menteri Kanan. Beliau sifatkan polis tidak sepatutnya dibebankan dengan hal remeh dan mengaibkan sebaliknya menumpukan tugas terhadap meningkatkan integriti dan kualiti perkhidmatan.