Video intim: Pas sokong laporan Qazaf, tolak politik "selak kain"

Pas menyokong penuh tindakan Setiausaha Politik Kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Hilman Idham berhubung laporan qazaf yang dibuat di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan cawangan Putrajaya pada Khamis. Tegas Ketua Penerangannya Nasruddin Hassan, Pas menolak sekeras kerasnya politik fitnah serta "selak kain".