Video intim: Shamsul Iskandar beri keterangan hampir lima jam

Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi keterangan hampir lima jam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada jumaat malam tadi berhubung kes video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri. Katanya beliau telah hadir ke IPK Melaka di Bukit Beruang di sini kira-kira 7 malam sebaik sahaja selesai rumah terbuka Parlimen Hang Tuah Jaya di Kota Fesyen, Ayer Keroh Melaka.