Video intim: Tiada larangan untuk Haziq keluar negara

Tiada larangan terhadap Haziq Abdullah Abdul Aziz, pemuda yang mengaku sebagai salah seorang pelaku dalam video intim tular, untuk meninggalkan negara selepas dibebaskan dari tahanan dengan jaminan polis. Menurut Peguamnya Ramesh Sivakumar, bagaimanapun anak guamnya sedia kembali bekerjasama dengan polis sekiranya dipanggil untuk membantu siasatan.