Tutup

Video limpahan air empangan, TNB nafi 3 berita palsu

Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Isnin menafikan sekeras-kerasnya tiga dakwaan yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab berhubung limpahan air di beberapa empangan kendaliannya. Penafian itu dibuat pihak TNB bagi menjernihkan keadaan daripada penyebaran ketiga-tiga berita palsu terbabit di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp.