Tutup

VIPP jadi platform rentas sektor syarikat induk dan vendor

Program Perkongsian Inovasi Vendor (VIPP) bakal menjadi platform kepada syarikat induk dan vendor untuk mengembangkan perniagaan secara rentas sektor, menyeluruh dan merangkumi pelbagai peringkat rantaian bekalan. Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, penganjuran VIPP seiring dasar Keusahawanan Nasional 2030 untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul.