Virus Zika boleh tersebar melalui hubungan kelamin

Kementerian Kesihatan menasihati lelaki yang dijangkiti virus Zika supaya mengambil langkah pencegahan awal ketika melakukan hubungan kelamin dengan pasangan masing-masing bagi mengekang penularan virus itu. Saranan itu dikeluarkan selepas kajian menunjukkan virus Zika boleh kekal di dalam sperma sehingga tempoh enam bulan.