Tutup

Virus Zika: Siasatan terperinci perlu dilakukan

Kementerian Kesihatan masih menjalankan siasatan terperinci punca sebenar kematian anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, apmm yang didakwa berpunca daripada virus Zika. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, walaupun pemeriksaan awal mendapati terdapat kuman Denggi, Leptospirosis dan Zika, namun untuk mengesahkan ia berpunca daripada Zika semata-mata tidak dapat dipastikan.