Tutup

Visa haji, umrah: Kerajaan berbincang dengan Arab Saudi

Malaysia menyambut baik keputusan kerajaan Arab Saudi untuk menstruktur semula visa lawatan, haji dan umrah ke negara itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof bagaimanapun berkata, kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan Arab Saudi dalam usaha memastikan penambahbaikan berkenaan.