Vivian cukup matang, Shafie bidas PBS gagal jadi kerajaan 20 tahun

Walaupun calon DAP, Vivian Wong baru berusia 30 tahun, namun dia cukup matang pada usianya untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan. Kata-kata Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal itu sekaligus membidas kenyataan yang dibuat Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Maximus Ongkili yang menyatakan bahawa parlimen bukan tempat untuk orang mentah.