Tutup

Wajah baru PLKN tambah elemen kemahiran

Projek Perintis Transformasi Program Khidmat Latihan Negara (PLKN) yang berwajah baharu akan dilaksanakan pada 17 Oktober ini di Kem Princess Haliza, Sepang. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kem selama dua bulan itu akan disertai seramai 410 orang pelatih dan 31 orang jurulatih.