Walaupun saya tak faham E-Sukan, demi anak muda kita tetap sokong - PM Najib

Walaupun tidak begitu memahami keterujaan anak muda di sebalik permainan 'Cyber Games', tidak bermakna kerajaan menolak kehendak atau aspirasi anak muda yang meminati industri ini. Malah, menurut Perdana Menteri, kerajaan akan terus menyokong sebarang aspirasi yang dapat membantu perkembangan industri E-Sukan di negara ini.