Walaupun tak hadir WEF 2019, nama Mahathir tetap diseru!

Forum Ekonomi Sedunia (WEF) 2019 yang diadakan di Davos terus menggamit perhatian dunia dalam sesi khas bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo. Dalam sesi berkenaan, Pompeo turut menyebut tentang kembalinya Tun Dr Mahathir dalam kerajaan Malaysia merupakan salah satu perkara yang menggemparkan dunia.