Wan Azizah pertegas tetap kemuka usul undi tidak percaya

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertegas akan memfailkan usul undi tidak percaya di bawah Seksyen 26 peraturan mesyuarat Dewan Rakyat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada masa sama, beliau turut mengakui sudah bertemu Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi membincangkan rancangan pembangkang untuk memfailkan usul tersebut.