Wang untuk mempengaruhi undi dianggap rasuah

Setiap kali pilihan raya akan timbul isu politik wang. Ramai yang mempersoalkan apa yang boleh dibelanjakan parti politik yang bertanding dan dianggap sebagai sah di bawah peruntukan undang-undang pilihan raya. Mengikut peruntukan, setiap kerusi Parlimen had belanja yang dibenarkan adalah RM200 ribu sementara kerusi Dewan Undangan Negeri adalah RM100 ribu.